Saturday 13 December 2014

Tamat Sudah

Salam alayk ,

Alhamdulillah tamat dah sekolah . 
tamat sekolah *simbol sama dengan* takde dah buku , takde dah cikgu , takde dah kena buat karangan berkajang , takde dah nak kena marah , takde dah nak melepak bersidai kat koridor , takde dah nak tengok gelagat classmate sorang sorang , takde dah bangun pagi susun buku , takde dah nak kena iron baju , takde dah risau kena demerit , takde dah nak buat kerja gila pass baton masa puasa , takde dah nak main handball , takde dah nak merasa perhimpunan tiap isnin , takde dah ponteng makan oat choc kat tangga , takde dah skip extra class dua tiga minit makan roti jala sambil borak macam tengah honeymoon , takde dah nak main takraw , takde dah nak joget dalam kelas , takde dah nak dengar classmate jerit suruh senyap kalau nyanyi , takde dah nak sakat budak cina , takde dah nak bergosip dengan cikgu ict . 

Akan rindu tiap benda . akan rindu tiap orang . akan rindu tiap kerenah . akan rindu tiap lepak . heh

Bilamana dah terasa tiba tiba ke alam lain ni . nampak nau macam serba serbi berubah . acah acah ke zon yang lebih mencabar dari sebelumnya . payah ke apa , mana nak boleh minta tolong kat deskmate kat sebelah dah .

Mula dah kena belajar berdikari . kot lepasni ada rasa kena torture ke tak boleh dah teammate nak buat lawak kasi gelak lupa semua benda . 

Sungguhlah mana nak dapat merasa zaman sekolah lagi . stress pun pasal assignment ict , kerja kursus akaun , oral test dengan ujian lisan je . kot sekarang nak stress pun sebab takde duit nak beli itu-ini ada lah kot . takkan nak duduk mengangkang je kat rumah , nak keluar duit minta ibu-abah , nak lepak duit minta ibu-abah .

Malu woi , anak sulung pulak . jadi kiranya memang kena cari kerja lah sementara menunggu result keluar . lagipun memang bosan pun duduk rumah je takde buat apa . fizikal pulak makin mengembang ada lah sekarang *geleng geleng kepala*

---

Semoga Tuhan mudahkan tiap satunya yang tersulit , tiap satunya yang terpayah dan tiap satunya yang membeban . Rabbi yaseer wala tu'asir rabbi thamim bil khair .

_Fir

Wednesday 9 July 2014

Si Pembohong

Salam Alaykum ,


Heh , pernah kau rasa 'rasa itu' ?
di banyak banyak masa aku simpan 'rasa itu' .
nun hujung di ceruk ceruk hati
cuba sesekali kau bongkar gali --
ape itu 'rasa itu' !

Rasa 'useless' yang berpanjangan tanpa sempadan negeri negara
ligat neuron memecut laju
mengingat kembali berapa banyak
duit ayahbunda aku taburbazir
untuk kadang benda tidak terpenting
satu aku janji
akan aku cuba untuk bayar --
dengan segulung keputusan idaman 
In shaa Allah...

*tersentak*
kau cuma tahu menyusahkan di banyak banyak masa yang kau punya

Rasa 'down' yang tidak bertepi sama ada longkang apa parit
dek kerana aku itu yang terlalu rajinnya , bukan ?
dek kerana sial malas aku pikul belakang , bukan ?
dek kerana suka berfoya di kebanyakan masa , bukan ?
--dek kerana aku ini masih muda
fikiran aku , aku masih punya waktu , bukan ?

*tersedak*
sungguh engkau tak sedar dek untung dengan segala curahan ayahbunda

Rasa 'insecure' yang tidak berpenghujng walau di hujung sana punya jalan mati
aku ini anak yang tidak guna --
aku ini anak yang menyusahkan tahunya
aku ini anak yang tidak tahu untung 
aku ini anak yang alpa dan lewa
aku ini anak yang cuma beban pada keluarga

*tersedar*
ya engkau perlu cuma bukti pada mereka mereka --
yang kau juga mampu walau payah
yang kau juga bisa walau susah !

BERUBAH
apa semudah ungkapan untuk lakukan ?
--aku juga manusia 
yang perlu 'support support' orang keliling

Aku tahu
namun sukar untuk aku akukan..
kerana aku ;
si pembohong rasa yang mahu semuanya ternampak elok
walau realiti kucar kacir *senyum sinis sama diri*
-- Fir ,
Mohon doa pada Tuhan;
semoga aku , dia , engkau juga kita istiqamah
 walau payah dalam perlahan.

Saturday 28 June 2014

Engkau Datang --



Andai semua harta adalah racun 
maka zakat lah penawarnya
andai seluruh umur adalah dosa
maka taubat dan istiqamah lah ubatnya
andai sekalian bulan adalah asid
-- maka Ramadhan lah peneutralnya
Bulan mulia ini bukan bulan juadah -
ini bulan ibadah
niat amal penting kiranya di Islah
tolak ke tepi keseluruhnya ; dadah
kau tahu itu beri padah--
Maka semalam yang suram
kau , aku , kita wajib tinggalkan
-untuk esok yang cerah
Saat ini aku menadah
sembah--
aku bilang :
"syukur Engkau sampaikan aku ke Ramadhan tahun ini
walau belum yakin sampaikah aku ke penghujungnya"
Cuma aku pohon
peringatkan aku tentang nikmat sekarang
kau pinjamkan --
segalanya ;
kekuatan kesihatan keberanian
Semoga kau aku senantiasa di bawah --
BarakahNya
nafsu diam sekejap ;
biarkan ibdah ambil tempat
Happy Ramadhan al-Mubarak--
May Allah reward us goodness 
-Jazakallah

Monday 26 May 2014

TYPICAL

Salam Alayk -




"Perempuan yang sebenar benar perempuan adalah yang lemah lembut , pemalu ,
sopan santun , soft spoken , gelak cover dan bla bla bla"

"Tapi aku tak lemah lembut , kurang pemalu , sopan santun jauh sekali ,
soft spoken mungkin kadang kadang dan gelak cover sangat bukan aku"

"Maknanya kau ni bukan perempuan normal lah"

"Oh ! memang tak normal pun"

Neuron memecut pantas . Digest segala maklumat . Perempuan kena lemah lembut , pemalu , sopan santun , soft spoken dan gelak cover ? Baru betul betul perempuan ? Mungkin .

Hmm . so tak ke kalau tutup aurat bertudung litup berstokin kiut tu dah melambangkan keperempuanan seseorang ? Sebab kadang kadang bukan dengan semua orang kita boleh berlemah lembut , bermalu malu , bersopan santun , bersoft spoken dan bergelak cover . 

Dan boleh je kalau aku nak jadi lemah lembut semua semua tu tapi bukan sebab nak tarik hati lelaki supaya jatuh suka . Jauh sekali nak tawan hati mertua . Biar nampak keras kat 'luar' dan lembut kat 'dalam' . Heh . Macam roti gitu .
Jadi seseorang yang tak mudah cair dengan pujuk rayu manusia yang hanya berani depan perempuan 
instead of go for the wali 
Aku suka jadi perempuan yang buat aktiviti ekstrem dengan member member aku
sebab kita orang nak tunjuk yang islam tu bukan agama yang jumud . heh

Barakallahu feek , May Allah bless
Assalamualaikum 

Sunday 25 May 2014

Right there in the Room




"When i woke up this mornin' i asked myself :

What are some of the secrets of success in life ?

I found the answer right there in my room

The fan said : Be cool

The roof said : Aim high

The window said : See the world

The clock said : Every second is precious

The mirror said : Reflect before you act

The door said : Push hard for your goals

and don't forget...

The carpet said : Kneel down and pray"


Have a nice day,
May Allah bless 

Tuesday 20 May 2014

"Islah"

                     


Salam 'Alayk semua !

"westernized nya dia....mana boleh macam tu dalam agama kita"
"pakai tudung tapi baju ketat . ish ish ish"
"semua orang taknak buat member sebab dia hisap gam , ganja bagai"
"geli lah nak kawan dengan budak tu . ambik benda haram belajar tah kemana"
"dah lah badan besar . pakai pulak tudung singkat . mana belajar doh?"


....aku dalam gelap....
....dan salah siapa kalau aku tak nampak ?....
....kenapa orang keliling hanya pandai bising....
....tapi tak pandai hulur tangan ?....



Jangan pernah judge masa lampau orang lain . mana mungkin kita tahu jika masa lampaunya tu adalah masa depan kita ?

Jangan pernah rasa kita mulia jika baju kita putih dan tak pernah tercemar noda , kalau tak pernah kita hulur tangan kepada mereka yang bergelumang lumpur dan kotor 

Jangan rasa bagus dengan hanya menggeleng kepala dan bising pada yang salah dan pincang , Jika tak pernah sekali walau terniat kita singsing lengan untuk membetulkan dan membantu 

Jangan menyalahkan mereka yang larut hanyut , andai tak pernah nak cuba tarik mereka yang lemas dan tenggelam . Apatah lagi nak mengajarkan mereka berenang , menyelam atau meminjam kan pelampung kepada mereka

Tumbuk dada tanya iman . cukup dah ke tarbiyah diri sampai masa terluang tu kau manfaat kan untuk cari kesalahan orang
instead of tegur , bantu , faham dan kawan dengan orang yang kau kutuk tu ?
*gulp*
 dan teramat penting untuk tahu cerita sebenar kenapa dan macam mana orang tu boleh jadi macam tu dan macam ni dari terus sebarkan cerita yang taktahu cerita disebalik cerita yang sedia ada . Heh
Okay pesanan ni sebenarnya untuk aku . ya untuk aku . untuk aku islah diri , islah hati *peace*

Saturday 17 May 2014

Random

Assalamualaikumwarahmatullah,



Alhamdulillah atas peminjaman nafas yang tak perlu dibayar dan nikmat islam yang sejak azali lagi Allah letakkan dalam diri . 

Terkadang kita lupa siapa pencipta dan siapa yang dicipta . Siapa yang layak disembah dan siapa penyembah . Siapa yang perlu diagungkan dan siapa penganggung . Siapa Tuhan dan siapa hamba . Siapa kita dan siapa DIA . kan ?

Aku terlalu banyak menghabiskan masa dengan berfikir tentang perasaan manusia lain sedang perasaan si Pencipta perlu aku jaga . terlalu berfikir tentang cemburu dengan manusia lain hingga terabai cemburunya sang Pencipta saat aku cemburukan hambaNya melebihi dirinya . aku alpa dengan duniawi hingga melenyapkan akhirat dalam ingatan . siapa aku nak mengejar 'keredhaan' manusia andai Allah murka ? siapa aku nak menjadi 'attention seekers' dunia andai di akhirat kelak aku dipinggirkanNya ? hinanya diri bersalut dosa . Tetapi pesan orang , pengampunan Allah itu meliputi langit dan bumi . jadi siapa aku untuk tidak bersujud dan memohon sejuta kemaafan dariNya ?

Terkadang aku cemburu dengan jalinan persahabatan mereka diiringi gelak tawa tanpa aku , tapi aku lupa . pesan Rasulullah "janganlah kamu iri dengan persahabatan mereka yang terjalin , jika benar kamu sahabat mereka jadi doakan lah kebahagiaan itu berterusan dalam ukhuwah kalian" . kini sedarlah diri bahawa kau bukan sesiapa di dunia ini melainkan hamba yang orang tidak sedar akan kewujudan mu . Syukur atas kurniaan sahabat yang ada sekarang . mereka lah bertanggungjawab membawa aku mendekati agama sedikit demi sedikit . banyak menegur andai aku silap . bertukar info di bawah bumbung tapak perhimpunan mahupun padang bola baling . semoga jalinan ukhuwah ini berterusan hingga ke jannahMU ya Allah . ameen :)

all credit goes to - fifiwalzarianurulwahidanuradlinanurathiranurainaaerlisyanuranisnursuhailahanishanani
nurulnadiahsarifahhanimnurizwaninursyazwaninurulnazyrarabiatulnuramirahandallclasmmate
deskmateschoolmate :*