Saturday, 13 December 2014

Tamat Sudah

Salam alayk ,

Alhamdulillah tamat dah sekolah . 
tamat sekolah *simbol sama dengan* takde dah buku , takde dah cikgu , takde dah kena buat karangan berkajang , takde dah nak kena marah , takde dah nak melepak bersidai kat koridor , takde dah nak tengok gelagat classmate sorang sorang , takde dah bangun pagi susun buku , takde dah nak kena iron baju , takde dah risau kena demerit , takde dah nak buat kerja gila pass baton masa puasa , takde dah nak main handball , takde dah nak merasa perhimpunan tiap isnin , takde dah ponteng makan oat choc kat tangga , takde dah skip extra class dua tiga minit makan roti jala sambil borak macam tengah honeymoon , takde dah nak main takraw , takde dah nak joget dalam kelas , takde dah nak dengar classmate jerit suruh senyap kalau nyanyi , takde dah nak sakat budak cina , takde dah nak bergosip dengan cikgu ict . 

Akan rindu tiap benda . akan rindu tiap orang . akan rindu tiap kerenah . akan rindu tiap lepak . heh

Bilamana dah terasa tiba tiba ke alam lain ni . nampak nau macam serba serbi berubah . acah acah ke zon yang lebih mencabar dari sebelumnya . payah ke apa , mana nak boleh minta tolong kat deskmate kat sebelah dah .

Mula dah kena belajar berdikari . kot lepasni ada rasa kena torture ke tak boleh dah teammate nak buat lawak kasi gelak lupa semua benda . 

Sungguhlah mana nak dapat merasa zaman sekolah lagi . stress pun pasal assignment ict , kerja kursus akaun , oral test dengan ujian lisan je . kot sekarang nak stress pun sebab takde duit nak beli itu-ini ada lah kot . takkan nak duduk mengangkang je kat rumah , nak keluar duit minta ibu-abah , nak lepak duit minta ibu-abah .

Malu woi , anak sulung pulak . jadi kiranya memang kena cari kerja lah sementara menunggu result keluar . lagipun memang bosan pun duduk rumah je takde buat apa . fizikal pulak makin mengembang ada lah sekarang *geleng geleng kepala*

---

Semoga Tuhan mudahkan tiap satunya yang tersulit , tiap satunya yang terpayah dan tiap satunya yang membeban . Rabbi yaseer wala tu'asir rabbi thamim bil khair .

_Fir