Monday 24 June 2013

06042013 | 21:35 p.m

Assalamualaikum and holo peeps :)

Harini dah 81 hari pemergian arwah maklong . hmm sebenarnya aku dah draftkan cerita ni masa hari ke empat arwah pergi . tapi hajat nak teruskan menaip tak kesampaian sebab asyik menangis je bila ingat balik .    ya Allah ku mohon pada Mu , permudahkanlah urusan maklong ku di sana , tempatkan lah arwah dikalangan orang yang beriman dan cucurilah rohnya . ameen :')

Arwah maklong memang menghidapi kanser payudara tahap dua pada dua tahun yang lepas , rasanya kanser maklong tak teruk tapi mungkin maklong terlalu aktif dan ingin melupakan kesakitan yang ditanggung , maklong pun buat macam macam kerja . sebelum maklong dengan family yang lain pergi menunaikan ibadah umrah , maklong sebelum itu telah pun dimasukkan ke hospital . tak silap aku dua atau tiga hari sebelum maklong pergi umrah , maklong dah minta permission hospital untuk keluar .

Semasa di KLIA maklong duduk atas kerusi roda , aku sayu tengok maklong haritu tapi mulut diberatkan supaya tak tanya macam macam soalan . maklong macam biasa , dia senyum , dia gelak , dia bercakap semua macam biasa . seronok bila dapat hantar family pergi umrah . masa nak berlepas semua berpeluk , salam semua . bila semua dah masuk lif nak turun bawah , maklong menghadap kitorang , dia tutup mulut dia dengan tudung , jelas terpancar tangisan di situ , sayu...

Sewaktu di Mekah , ibu ada telefon , aku pun sibuk tanya khabar ibu , maklong , makcik aku dengan sepupu aku yang pergi . ibu cakap maklong sihat semua pun sihat je , hati mula menutur alhamdulillah . ibu cakap lagi abang yen hari hari call maklong tanya sihat ke tak , kalau abang yen rasa tak puas hati nak tengok keadaan maklong , abang yen sampai buat video call . abang yen memang rapat dengan maklong sbb maklong yang selalu uruskan dia , ikut dia pergi game semua . kata abang yen "mak tulang belakang kita , kalau mak tak ada , kita tak tahu lah macam mana" . dengar ayat tu pun tahu betapa pentingnya maklong ...

Bila jemaah yang pergi selamat balik sini , aku tak sempat jumpa maklong , ibu pun letih je lepas balik dari umrah , lagi pun ibu tak berapa sihat , asyik demam , batuk , selesema dan sakit tekak . ibu ada jugak cerita yang maklong masuk hospital masa dekat Mekah tapi alhamdulillah tak kena tahan wad . lepas balik dari umrah tu  ibu bagitahu yang maklong dimasukkan semula ke hospital sebab keadaan maklong teruk sebab banyak air dalam perut jadi doktor nak buang air tu . aku memang dah lama berniat nak lawat maklong tapi keadaan ibu tak mengizinkan . maka tunggulah bila ibu dah sihat sikit .

Hari sabtu , 06.04.2013 . pagi dalam pukul sebelas , aku tanya ibu taknak melawat maklong ke . ibu cakap pukul dua nanti kita pergi . terukir senyuman dibibir aku . tak sabar rasanya nak jumpa maklong . beberapa minit lepastu ibu cakap yang pukul tiga pagi tadi ibu pergi hospital dengan abah sebab ciknani call kata maklong dah nazak . dalam hati terasa debaran yang hebat . lepastu aku tanya macam mana keadaan maklong sekarang . ibu pun jawab yang maklong mula okay . terus lafaz syukur terucap di dalam hati .

Dalam pukul 2:40 kami sekeluarga tiba di hospital kuala lumpur . dalam kotak fikiran aku membayangkan yang maklong sedang duduk di atas katil sambil tersandar dan senyum . ternyata fikiranku meleset ! saat aku jejak kan kaki ke dalam wad yang menempatkan maklong , pantas dengan itu hatiku berkata "ya arRahman , ringankan lah beban kesakitan yang ditanggung oleh maklong ya Allah , permudah kan urusan hamba Mu itu ya Allah" air muka aku maniskan walau dalam hati hujan yang maha lebat hanya Allah yang mengetahui . aku salam semua makcik , pakcik dan sepupu ku yang berada di dalam wad tersebut . lambat lambat kaki ku melangkah bergerak menuju ke katil yang menempatkan maklong , aku lihat keadaan dadanya yang berombak sederhana , dia memakai topeng gas lalu aku mengusap lembut tangan maklong , tanpa sebarang kata hanya menahan hujan di kelopak mata . setelah beberapa minit berdiam aku berkata kepada maklong " maklong kuat ya , kami semua tunggu maklong sihat . kita kat sini semua sayang maklong . semua nak maklong sihat"

Setelah berkata demikian dengan tak tertahan lagi airmata yang aku tahan dari tadi mula berebut rebut turun membasahi pipi . lalu aku melangkah keluar wad , menangis . sedang aku menangis abang nazmi faiz lalu , cepat cepat aku kesat airmata . abang nazmi faiz senyum je . aku balas senyuman itu sekadar berbasa basi . kak ani , kak ijan dan yang lain tak henti baca yasin . Angah , wawa , paklong , abang yen dan abang long tak putus putus membisikkan dua kalimah syahadah , nama Allah dan katakata semangat di telinga maklong . aku sedih dan kasihan melihat wawa . dah la nak PMR , keadaan maklong pula begini mesti dia tak dapat fokus . tapi sebagai sepupu aku tepuk belakang badannya dan bisik 'kau kuat tau wawa :')' wawa hanya mampu senyum . aku faham .

Jam ditangan mula berganjak waktu demi waktu , selesai asar , aku mula masuk ke dalam wad dengan ayang , dah ramai orang dah waktu tu . tiba tiba maklong seperti menjerit "sakit..sakit" tetapi suaranya bagai mahu tak mahu saja keluar . dengan segera abang ijam terus memanggil nurse . nurse masukkan lagi ubat dalam badan maklong untuk kali yang ke tiga . nurse berkata "kalau ada sesiapa lagi ahli keluarga yang belum melawat call lah bagitahu" saat mendengar katakata nurse tersebut otak aku mula ligat mencerna bahawa maklong sudah tidak lama kah ? ....baru aku tahu bila kakHana dengan kakJannah cakap yang dia masukkan ubat tu ialah moffin , ubat tu kuat sangat fungsi untuk tenangkan maklong . bayangkan tiga kali dia masukkan . lemahnya badan maklong didepan mata mula menakutkan aku . tetapi aku terfikir 'kalau nenek yang dah banyak kali masuk hospital operate kepala semua boleh sihat . in shaa Allah maklong juga boleh sihat , ianya tidak mustahil'

Jarum jam mula berputar , menandakan maghrib bakal membuka tirai . abah mula mengajak balik sebab badan ibu mula panas . aku bagaikan berat hati untuk tinggalkan maklong . tetapi disebabkan ibu tak berapa sihat aku ikut balik . dalam kereta kepala mula membayangkan yang bukan bukan cepat cepat aku istighfar . dalam pukul lapan kami bertolak pulang kerumah dan lapan empat puluh lima kami tiba di rumah . sampai saja di rumah aku terus mencapai laptop dan aku on twitter . lagipun kredit aku takda nak buat internet dan susah nak contact aina dengan eicha malam tu . sebab esok hari ahad tu aku dah rancang dengan member member aku nak ke sungai . aku terus tweet dan dm aina minta maaf sebab rasanya esok aku tak pergi nak melawat maklong di hospital . aina faham . dalam keasyikkan  bertweet telefon ibu berbunyi aku lihat nombor abah , ibu tengah solat lalu aku jawab dan aku letak . ibu selesai sahaja solat telefon ibu berbunyi lagi , jariku mula terhenti bertweet dan fokus pada ibu . aku terdengar ibu cakap "hmm ye ke ? sabar lah nani. ok" aku fikir ciknani baru melawat maklong dan menelefon ibu mengadu keadaan maklong . tetapi untuk yang ketiga kalinya sangkaan aku meleset .

Aku memberanikan diri menanya ibu "kenapa ciknani call ?" ibu pun menjawab"hmm maklong dah takda" "ibu..." cuma perkataan itu yang keluar dari bibirku lalu aku menangis , menangis , menangis dan menangis . dalam aku menangis aku tweet dan aku dm aina . sungguh aku tak sangka sangat cepat dan terlalu awal maklong pergi meninggalkan aku . dalam seumur hidupku inilah kali pertama aku merasa kehilangan , benar benar kehilangan . aku tidak pernah merasa kehilangan keluarga terdekat . kedua atuk dan nenek ku masih ada . kini aku sedar bahawa ajal itu tidak mengira usia dan tidak menanti taubat . tepat pukul sembilan tiga puluh lima maklong pergi ...pergi buat selama lamanya ...kesedihan tidak dapat aku bendung , aku menangis , menangis dan menangis sehingga merah hidung dan bengkak mata . benar aku merasa kehilangan . aturan pemergian maklong sangat indah setelah pulang dari ibadah umrah . malam itu jenazah di bawa ke rumah terus . aku teman jenazah sampai pukul 4 pagi . ibu dan abah pergi ke kuala selangor ambil afiq di tahfiz . malam itu benarbenar terasa kesyahduan bila hujan renyai renyai turun mengiringi pemergian arwah .

Jenazah arwah tersenyum , tenang seperti sedang lena , aku rindu ya Allah ...aku rindu maklong ku....ku pohon kepada Mu , tempatkan lah dia dikalangan hamba hamba Mu yang taat dan solehah . ya Allah kuatkan hamba Mu ini ya Allah . kirimkan rinduku kepada dia ya Allah . kebaikannya teserlah setelah dia pergi . ya arRahman ku mohon kau kuatkan hati ku , tabahkan diri ku , tenangkan jiwa ku dalam mengahadapi ujian dari Mu . sesungguhnya inilah kali pertama aku merasakan kehilangan ya Allah...aku rindu dirinyaaa ya arRahim . Allahumma Amin...