Wednesday 9 July 2014

Si Pembohong

Salam Alaykum ,


Heh , pernah kau rasa 'rasa itu' ?
di banyak banyak masa aku simpan 'rasa itu' .
nun hujung di ceruk ceruk hati
cuba sesekali kau bongkar gali --
ape itu 'rasa itu' !

Rasa 'useless' yang berpanjangan tanpa sempadan negeri negara
ligat neuron memecut laju
mengingat kembali berapa banyak
duit ayahbunda aku taburbazir
untuk kadang benda tidak terpenting
satu aku janji
akan aku cuba untuk bayar --
dengan segulung keputusan idaman 
In shaa Allah...

*tersentak*
kau cuma tahu menyusahkan di banyak banyak masa yang kau punya

Rasa 'down' yang tidak bertepi sama ada longkang apa parit
dek kerana aku itu yang terlalu rajinnya , bukan ?
dek kerana sial malas aku pikul belakang , bukan ?
dek kerana suka berfoya di kebanyakan masa , bukan ?
--dek kerana aku ini masih muda
fikiran aku , aku masih punya waktu , bukan ?

*tersedak*
sungguh engkau tak sedar dek untung dengan segala curahan ayahbunda

Rasa 'insecure' yang tidak berpenghujng walau di hujung sana punya jalan mati
aku ini anak yang tidak guna --
aku ini anak yang menyusahkan tahunya
aku ini anak yang tidak tahu untung 
aku ini anak yang alpa dan lewa
aku ini anak yang cuma beban pada keluarga

*tersedar*
ya engkau perlu cuma bukti pada mereka mereka --
yang kau juga mampu walau payah
yang kau juga bisa walau susah !

BERUBAH
apa semudah ungkapan untuk lakukan ?
--aku juga manusia 
yang perlu 'support support' orang keliling

Aku tahu
namun sukar untuk aku akukan..
kerana aku ;
si pembohong rasa yang mahu semuanya ternampak elok
walau realiti kucar kacir *senyum sinis sama diri*
-- Fir ,
Mohon doa pada Tuhan;
semoga aku , dia , engkau juga kita istiqamah
 walau payah dalam perlahan.

No comments:

Post a Comment