Monday 24 June 2013

06042013 | 21:35 p.m

Assalamualaikum and holo peeps :)

Harini dah 81 hari pemergian arwah maklong . hmm sebenarnya aku dah draftkan cerita ni masa hari ke empat arwah pergi . tapi hajat nak teruskan menaip tak kesampaian sebab asyik menangis je bila ingat balik .    ya Allah ku mohon pada Mu , permudahkanlah urusan maklong ku di sana , tempatkan lah arwah dikalangan orang yang beriman dan cucurilah rohnya . ameen :')

Arwah maklong memang menghidapi kanser payudara tahap dua pada dua tahun yang lepas , rasanya kanser maklong tak teruk tapi mungkin maklong terlalu aktif dan ingin melupakan kesakitan yang ditanggung , maklong pun buat macam macam kerja . sebelum maklong dengan family yang lain pergi menunaikan ibadah umrah , maklong sebelum itu telah pun dimasukkan ke hospital . tak silap aku dua atau tiga hari sebelum maklong pergi umrah , maklong dah minta permission hospital untuk keluar .

Semasa di KLIA maklong duduk atas kerusi roda , aku sayu tengok maklong haritu tapi mulut diberatkan supaya tak tanya macam macam soalan . maklong macam biasa , dia senyum , dia gelak , dia bercakap semua macam biasa . seronok bila dapat hantar family pergi umrah . masa nak berlepas semua berpeluk , salam semua . bila semua dah masuk lif nak turun bawah , maklong menghadap kitorang , dia tutup mulut dia dengan tudung , jelas terpancar tangisan di situ , sayu...

Sewaktu di Mekah , ibu ada telefon , aku pun sibuk tanya khabar ibu , maklong , makcik aku dengan sepupu aku yang pergi . ibu cakap maklong sihat semua pun sihat je , hati mula menutur alhamdulillah . ibu cakap lagi abang yen hari hari call maklong tanya sihat ke tak , kalau abang yen rasa tak puas hati nak tengok keadaan maklong , abang yen sampai buat video call . abang yen memang rapat dengan maklong sbb maklong yang selalu uruskan dia , ikut dia pergi game semua . kata abang yen "mak tulang belakang kita , kalau mak tak ada , kita tak tahu lah macam mana" . dengar ayat tu pun tahu betapa pentingnya maklong ...

Bila jemaah yang pergi selamat balik sini , aku tak sempat jumpa maklong , ibu pun letih je lepas balik dari umrah , lagi pun ibu tak berapa sihat , asyik demam , batuk , selesema dan sakit tekak . ibu ada jugak cerita yang maklong masuk hospital masa dekat Mekah tapi alhamdulillah tak kena tahan wad . lepas balik dari umrah tu  ibu bagitahu yang maklong dimasukkan semula ke hospital sebab keadaan maklong teruk sebab banyak air dalam perut jadi doktor nak buang air tu . aku memang dah lama berniat nak lawat maklong tapi keadaan ibu tak mengizinkan . maka tunggulah bila ibu dah sihat sikit .

Hari sabtu , 06.04.2013 . pagi dalam pukul sebelas , aku tanya ibu taknak melawat maklong ke . ibu cakap pukul dua nanti kita pergi . terukir senyuman dibibir aku . tak sabar rasanya nak jumpa maklong . beberapa minit lepastu ibu cakap yang pukul tiga pagi tadi ibu pergi hospital dengan abah sebab ciknani call kata maklong dah nazak . dalam hati terasa debaran yang hebat . lepastu aku tanya macam mana keadaan maklong sekarang . ibu pun jawab yang maklong mula okay . terus lafaz syukur terucap di dalam hati .

Dalam pukul 2:40 kami sekeluarga tiba di hospital kuala lumpur . dalam kotak fikiran aku membayangkan yang maklong sedang duduk di atas katil sambil tersandar dan senyum . ternyata fikiranku meleset ! saat aku jejak kan kaki ke dalam wad yang menempatkan maklong , pantas dengan itu hatiku berkata "ya arRahman , ringankan lah beban kesakitan yang ditanggung oleh maklong ya Allah , permudah kan urusan hamba Mu itu ya Allah" air muka aku maniskan walau dalam hati hujan yang maha lebat hanya Allah yang mengetahui . aku salam semua makcik , pakcik dan sepupu ku yang berada di dalam wad tersebut . lambat lambat kaki ku melangkah bergerak menuju ke katil yang menempatkan maklong , aku lihat keadaan dadanya yang berombak sederhana , dia memakai topeng gas lalu aku mengusap lembut tangan maklong , tanpa sebarang kata hanya menahan hujan di kelopak mata . setelah beberapa minit berdiam aku berkata kepada maklong " maklong kuat ya , kami semua tunggu maklong sihat . kita kat sini semua sayang maklong . semua nak maklong sihat"

Setelah berkata demikian dengan tak tertahan lagi airmata yang aku tahan dari tadi mula berebut rebut turun membasahi pipi . lalu aku melangkah keluar wad , menangis . sedang aku menangis abang nazmi faiz lalu , cepat cepat aku kesat airmata . abang nazmi faiz senyum je . aku balas senyuman itu sekadar berbasa basi . kak ani , kak ijan dan yang lain tak henti baca yasin . Angah , wawa , paklong , abang yen dan abang long tak putus putus membisikkan dua kalimah syahadah , nama Allah dan katakata semangat di telinga maklong . aku sedih dan kasihan melihat wawa . dah la nak PMR , keadaan maklong pula begini mesti dia tak dapat fokus . tapi sebagai sepupu aku tepuk belakang badannya dan bisik 'kau kuat tau wawa :')' wawa hanya mampu senyum . aku faham .

Jam ditangan mula berganjak waktu demi waktu , selesai asar , aku mula masuk ke dalam wad dengan ayang , dah ramai orang dah waktu tu . tiba tiba maklong seperti menjerit "sakit..sakit" tetapi suaranya bagai mahu tak mahu saja keluar . dengan segera abang ijam terus memanggil nurse . nurse masukkan lagi ubat dalam badan maklong untuk kali yang ke tiga . nurse berkata "kalau ada sesiapa lagi ahli keluarga yang belum melawat call lah bagitahu" saat mendengar katakata nurse tersebut otak aku mula ligat mencerna bahawa maklong sudah tidak lama kah ? ....baru aku tahu bila kakHana dengan kakJannah cakap yang dia masukkan ubat tu ialah moffin , ubat tu kuat sangat fungsi untuk tenangkan maklong . bayangkan tiga kali dia masukkan . lemahnya badan maklong didepan mata mula menakutkan aku . tetapi aku terfikir 'kalau nenek yang dah banyak kali masuk hospital operate kepala semua boleh sihat . in shaa Allah maklong juga boleh sihat , ianya tidak mustahil'

Jarum jam mula berputar , menandakan maghrib bakal membuka tirai . abah mula mengajak balik sebab badan ibu mula panas . aku bagaikan berat hati untuk tinggalkan maklong . tetapi disebabkan ibu tak berapa sihat aku ikut balik . dalam kereta kepala mula membayangkan yang bukan bukan cepat cepat aku istighfar . dalam pukul lapan kami bertolak pulang kerumah dan lapan empat puluh lima kami tiba di rumah . sampai saja di rumah aku terus mencapai laptop dan aku on twitter . lagipun kredit aku takda nak buat internet dan susah nak contact aina dengan eicha malam tu . sebab esok hari ahad tu aku dah rancang dengan member member aku nak ke sungai . aku terus tweet dan dm aina minta maaf sebab rasanya esok aku tak pergi nak melawat maklong di hospital . aina faham . dalam keasyikkan  bertweet telefon ibu berbunyi aku lihat nombor abah , ibu tengah solat lalu aku jawab dan aku letak . ibu selesai sahaja solat telefon ibu berbunyi lagi , jariku mula terhenti bertweet dan fokus pada ibu . aku terdengar ibu cakap "hmm ye ke ? sabar lah nani. ok" aku fikir ciknani baru melawat maklong dan menelefon ibu mengadu keadaan maklong . tetapi untuk yang ketiga kalinya sangkaan aku meleset .

Aku memberanikan diri menanya ibu "kenapa ciknani call ?" ibu pun menjawab"hmm maklong dah takda" "ibu..." cuma perkataan itu yang keluar dari bibirku lalu aku menangis , menangis , menangis dan menangis . dalam aku menangis aku tweet dan aku dm aina . sungguh aku tak sangka sangat cepat dan terlalu awal maklong pergi meninggalkan aku . dalam seumur hidupku inilah kali pertama aku merasa kehilangan , benar benar kehilangan . aku tidak pernah merasa kehilangan keluarga terdekat . kedua atuk dan nenek ku masih ada . kini aku sedar bahawa ajal itu tidak mengira usia dan tidak menanti taubat . tepat pukul sembilan tiga puluh lima maklong pergi ...pergi buat selama lamanya ...kesedihan tidak dapat aku bendung , aku menangis , menangis dan menangis sehingga merah hidung dan bengkak mata . benar aku merasa kehilangan . aturan pemergian maklong sangat indah setelah pulang dari ibadah umrah . malam itu jenazah di bawa ke rumah terus . aku teman jenazah sampai pukul 4 pagi . ibu dan abah pergi ke kuala selangor ambil afiq di tahfiz . malam itu benarbenar terasa kesyahduan bila hujan renyai renyai turun mengiringi pemergian arwah .

Jenazah arwah tersenyum , tenang seperti sedang lena , aku rindu ya Allah ...aku rindu maklong ku....ku pohon kepada Mu , tempatkan lah dia dikalangan hamba hamba Mu yang taat dan solehah . ya Allah kuatkan hamba Mu ini ya Allah . kirimkan rinduku kepada dia ya Allah . kebaikannya teserlah setelah dia pergi . ya arRahman ku mohon kau kuatkan hati ku , tabahkan diri ku , tenangkan jiwa ku dalam mengahadapi ujian dari Mu . sesungguhnya inilah kali pertama aku merasakan kehilangan ya Allah...aku rindu dirinyaaa ya arRahim . Allahumma Amin...

Friday 25 January 2013

2011/2012

ASSALAMUALAIKUM and OLA 
dah lama gila aku tak update blog and aku rindu gila nak menaip tanpa letak titik cuba bayangkan kat fb memang la boleh tulis pepanjang tapi kena tekan button "see more" kat twitter pulak ade had klau menaip so kat blog jugak yg puas klau nak menaip hahaha sakai kan aku ? tahu xD
 lol so harini takde bnd pun nak cerita cuma nak bisik something ni . meh ah dekat sikit . hahaha *nak kasi tau yg aku rindu form3 so badly ><* serius taktipu . dah dgr en i mean dah baca en so kirenya  aku nak cerita pasal bnd yg jadi time f3 and yg lepas lepas . jap sebelum tu ! kenal tak mereka ?

lol . its me with Walzariangariadihariraya xD

ha ! ezry and afiq ! ini pasangan bahagia yg kitorang tangkap di hutan simpan endau-rompin xD

okay wave hand to them please xD dah dah jgn usya lelama .

we do love laughing together like there is no tomorrow~


LoL iecha and tyra always cute on their own way :*


our first day school on 03012013 <3


miss this sakai moment . we're f2 :D

dan................................. semestinye merindui si chokokokokokoko ~

lolololo tiutnyeeeeee ~

hahahaha aku sayang korang muahmuahmuah xD hahaha . so ingat tak lagi ruby kite ponteng clas KH double period tp ckg "roh" tak cari pun . lol . then form2 ape lagi kite buat eh ? ohh memekak dlm class tu normal . hahaha KIAH PROPA wehhh xD aku rindu nk tiru semua retis tu . haha . pastu main kejar kejar dgn kak as xD cubit peluk kak as semua kita buat . then peristiwa wany panggil ckg rohana "ckg Roh" and smpai sekarang nama tu melekat xD then naik form3 . tragedi tyra n aina di curah dgn air milo basi xD so yummy right ? aku dgn aina kena curah dgn air mineral kay itu normal . then form3 ape lagi eh ? umm hahah PMR lol . bnd paling aku takboleh lupa tyra , fifi and aina paksa aku buat latihan sejarah smpai nk muntah dah la time puasa pulakk tu memang happy habis lah time trial tu . ohh tragedi aina ambik mic kat tgn sir Hisyam . lol tu paling takboleh blahh . hang lepak and so on . kay aku rindu gila form3 form2 kayyy >< serious . and now . sedar tak sedar sekarang kita dah form4 . and bnd paling tak cool bile org tanye "kau bile nk besar ? mcm darjah 4 je" dude aku FORM4 kay -..- susah muka bebudak ceni cehhh *silamuntah* . aku rindu time kat sekinchan . kat melaka . kat mid valley (hang paling sakai xD) time batak domo . menggila dirumah eicha . time raya dgn senior senior xD main baling tepung . time kena chicken pox . serius aku rindu gila semua tuuuuuuuuuuuu T,T aku rindu nk nyanyi sesama . nk jerit sesama . nk kenakan ckg sesama . nk menyakai sesama . semua ah aku nak >< "

Kay just one sentence and please understand me "IMISSTHEPASTMOMENTSOBADLY"

akceli aku tak puas lagi nak bercerita . sokkay sambung nnt . btw Salam Maulidur Rasul everybody . Assalamualaikum :)